Inisiatif Gerakan Maaf Zahir Batin Hari-hari @Bernama

Bersiaran di “Malaysia Petang Ini” pada 8 April 2024 bersama stesen Bernama memberi pandangan terhadap kempen #MZB365 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445H

https://m.facebook.com/BernamaTV/videos/inisiatif-gerakan-maaf-zahir-batin-hari-hari/1095353048221220

Wawancara AWANI Pagi – Konflik Asia Barat: Dimana Kedudukan Negara Islam

16 April 2024

Bersiaran di AWANI Pagi pada 16 April 2024 memberi pandangan berkenaan peranan dan halatuju pendirian negara-negara Islam susulan serangan Iran ke atas negara Israel.

Cadangan saya kepada Malaysia:

  1. Segerakan penganjuran KL Summit dengan menghimpunkan seluruh pimpinan negara Islam, tokoh akademik, aktivitis gerakan Islam dan pihak-pihak berkepentingan bagi menetapkan pendirian solidariti atas nama “memelihara aspek kemanusiaan” di Gaza dan Palestin, serta mengecam kekejaman Israel.
  2. Malaysia perlu mengetuai Piagam Keamanan Global
  3. Sinergi tindak kerja melalui universiti-universiti Islam di semua negara Islam

https://www.astroawani.com/videos/awani-pagi-x7ko8q/awani-pagi-konflik-asia-barat-dimana-kedudukan-negara-islam-x8wvmwi

MENGANGKAT MARTABAT KEINSANAN MELALUI KEPEMIMPINAN YANG BAIK

Aspek kepimpinan dalam pandangan Islam adalah tunjang terpenting dalam mengurus sesebuah negara. Ia bertanggungjawab memastikan tadbir urus negara mengikut prinsip asas yang digariskan oleh Islam dan seterusnya memenuhi dan memelihara hak asasi masyarakat. Dalam hal itu, pendekatan kepemimpinan yang dipilih harus tepat dan menjadi keutamaan setiap pemimpin agar agenda pembangunan masyarakat dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa penyelewengan, salah guna kuasa dan korup.  Perkara ini amat penting dalam membina perspesi kepercayaan masyarakat awam yang meletakkan kepercayaan kepada pemimpin yang bertanggungjawab mengurus-tadbir negara yang tecinta seperti Malaysia.

Kepemimpinan menurut Islam mempunyai dua hubungan yang berlangsung serentak iaitu; mematuhi ketetapan Allah (swt) dan memenuhi kepentingan masyarakat awam. Menjelas lanjut perihal dua hubungan tersebut seperti yang Allah (swt) rakamkan dalam surah Ali-Imran, ayat 103, Dr. Muhammad al-Sayyid Yusuf di dalam bukunya “Manhaj Al-Quran al-Karim fi Islah al-Mujtamak” menyatakan, semangat pengislahan masyarakat amat bergantung kepada pendekatan kepemimpinan yang memelihara dua hubungan tadi, iaitu patuh kepada perintah Allah (swt) dan memenuhi kehendak rakyatnya. Ini dalah kerana ia dapat membantu pemimpin dalam melaksanakan pendekatan yang harmoni dari segi pandangan sarwa (worldview) tadbir urus kemasyarakatan yang mempunyai kepelbagaian, dan diikuti dengan kefahaman Islam yang syumul berteraskan nilai-nilai Quraniy seperti keadilan, keilmuan, kemanusiaan, kebersamaan dan kesaksamaan.

Jika disorot sejarah kepemimpinan dan keperibadian Nabi Muhammad (saw), gaya kepemimpinan Baginda (saw) berada di dalam dua lingkungan hubungan yang dinyatakan tadi. Bahkan, kesyumulan nilai-nilai Quraniy seperti keadilan, keilmuan, kemanusiaan, kebersamaan dan kesaksamaan merupakan prinsip utama kepimpinan Baginda (saw) ketika di Mekah dan di Madinah. Sebagai contoh, mengambil kira keselamatan nyawa masyarakat awam lebih utama, Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wa sallam menunjukkan pendekatan terbuka dalam menerima pendapat ahli mesyuarat bilamana berlaku percanggahan pendapat dalam menentukan lokasi peperangan Uhud. Terdapat dua pandangan di antara Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat dalam menentukan lokasi peperangan samada di dalam kota Madinah atau di luar kota Madinah. Akhirnya, Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wa sallam  bersetuju dengan cadangan lokasi peperangan di Bukit Uhud, luar kota Madinah bertujuan tidak merisikokan nyawa masyarakat yang tidak terlibat di dalam peperangan. Amat jelas bahawa kepemimpinan Baginda sallahu ‘alaihi wa sallam mementingkan nilai kesejahteraan awam sebagai penentuan utama dalam membuat keputusan.

Dalam contoh yang lain terkait dengan prinsip keadilan untuk semua, Suraiya Ishak di dalam artikelnya bertajuk Model Kepemimpinan Etika Berlandas Sirah Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wa sallam  menyatakan Baginda sallahu ‘alaihi wa sallam adalah seorang manusia yang sangat adil. Ketegasan Baginda sallahu ‘alaihi wa sallam dalam menegakkan keadilan dapat dipelajari daripada kisah berkaitan hukuman bagi seorang wanita Bani Makhzum yang terlibat dalam perbuatan mencuri. Baginda sallahu ‘alaihi wa sallam telah menyatakan pendirian tegasnya dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a: “Sesungguhnya telah binasa orang-orang sebelum kalian disebabkan apabila ada salah seorang yang terpandang di antara mereka mencuri, mereka membiarkannya begitu sahaja. Akan tetapi, jika salah seorang daripada mereka yang lemah (iaitu rakyat biasa) mencuri, maka mereka menegakkan hukuman baginya. Demi Allah, jika sahaja Fatimah puteri Muhammad mencuri, maka aku sendiri yang akan memotong tangannya!”.

Namun begitu, dua elemen ini semakin hilang dalam aspek kepimpinan pada hari ini. Lebih malang, istilah ‘kepimpinan Islam’ hanya lancar dibibir tetapi semakin kabur dalam perlaksanaan di semua peringkat pentadbiran negara mahupun organisasi. Prof Dr Shukeri Muhammad mengenalpasti sistem kepimpinan Islam, khususnya di dalam sistem politik di Malaysia telah menyebabkan pelbagai pihak mempunyai pandangan yang salah, mencurigakan dan menakutkan. Hasilnya kepimpinan dengan nilai Islam yang mengangkat prinsip ketuhanan dan mengiktiraf hubungan kemanusiaan dilihat gagal membawa pembangunan ummat secara menyeluruh dan komprehensif. Lantaran itu, kebejatan gejala buruk dalam masyarakat serta berlakunya krisis kepimpinan yang menyebabkan keruntuhan kepercayaan dalam memelihara nilai kemanusiaan adalah akibat kerosakan faham kepimpinan yang sebenar dan akhirnya turut memberi kesan kepada pembangunan insan, keadilan ekonomi dan kesejahteraan negara.

Atas kesedaran itu, Almarhum Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil, mantan Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di dalam karya agungnya “Islam dan Melayu Martabat Umat dan Daulat Rakyat” menulis satu bab khusus bertajuk Pemberdayaan Umat: Kembalikan Daulat Keinsanan Rakyat. Di dalam bab itu, beliau menegaskan bahawa pembangunan ummah hanya boleh terlaksana dengan asas pemikiran intelektual yang kuat yang mesti disulam dengan semangat islah dan tajdid yang mengangkat martabat keinsanan. Maka dengan itu, dimensi al-ta’sil (pengakaran semula pada prinsip dan nilai kewahyuan) dan al-tahdith (pembaharuan dan pengemaskinian sesuai dengan realiti masa kini dan masa depan) menjadi elemen terpeting yang mesti diberi perhatian di dalam pendekatan kepemimpinan yang mengikut model Nabi Muhammad (saw).

Kesedaran terhadap nilai keinsanan ini kemudiannya terungkap dalam pelbagai ekspresi jatidiri sesebuah masyarakat seperti; maruah, harga diri, hak asasi dan banyak lagi. Tidak dinafikan wujud sebahagian golongan yang menyalahtafsirkan martabat keinsanan ini lalu mereka bersikap ghuluw atau melampau sehinggakan tiada nilai pada diri mereka kerana bersekongkol dengan kemungkaran sosial dan bermaksiat sehingga menggugat nilai tawhidik bertuhan.

Maka dengan itu, adalah penting pemimpin masa kini memberi perhatian terhadap pembangunan masyarakat dengan menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan nilai kemanusiaan dan mengangkatnya ke maqam karamah insaniyyah seperti yang terakam di dalam surah Al-Isra’ ayat 70 yang bermaksud: “Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”, di samping turut memenuhi citra “sebaik-baik penciptaan” seperti di dalam surah Al-Tin ayat 4 bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.

Mengulas lanjut dua ayat ini, Imam Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya al-Tahrir wa al-Tanwir menegaskan bahawa kemuliaan penciptaan manusia melebihi ciptaan makhluk-makhluk Allah (swt) yang lain telah melayakkan mereka ini untuk mentadbir dunia dan seisinya berprinsipkan keadilan dan kesaksamaan di dalam kepelbagaian, bukan beteraskan prejudis dan perbezaan warna kulit, agama mahupun bahasa. Maka sebab itu, kepimpinan yang mengangkat nilai keinsanan pada hari ini harus didokong dan diperdanakan wacananya sementelah pandemik Covid-19 yang secara langsung telah menggugah kemuliaan martabat manusia melalui krisis kesihatan seperti sakit mental dan bunuh diri dan juga krisis kekeluargaan dengan kes penceraian yang tinggi. Pemimpin yang waras tidak akan membiarkan perkara ini berleluasa untuk tempoh yang lama.

Maka adalah penting masyarakat mempunyai kefahaman yang jelas lalu bertindak dengan memilih pemimpin yang mempunyai iltizam yang tinggi dalam mengiktiraf serta memelihara kemuliaan insan terbanyak, bukan melalui lensa perbezaan kaum dan agama. Pengiktiran dan pemeliharan kemuliaan insan adalah keutamaan yang terangkum di dalam lima objektif Maqasid Syariah seperti mana yang pernah dipertontonkan di dalam kepimpinan Nabi Muhammad (saw) yang rahmah untuk sekelian alam.

Nota: Artikel asal diterbitkan Dewan Tamadun Islam (DBP) dan boleh diakses di https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/2022/03/29/mengangkat-martabat-keinsanan-melalui-kepemimpinan-yang-baik/

GARIS IDEA DAKWAH DAN TARBIAH 50 TAHUN ABIM DI MALAYSIA

6 Ogos 2021, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50 tahun. Ini bersamaan usia ABIM melepasi separuh abad pertama berada di persada dakwah awam di Malaysia dan dunia Islam keseluruhannya. Sebagai sebuah Gerakan Islam yang bermisikan ‘dakwah’ sebagai forte kegiatan dan aktivisme dalam membangun tamadun khayra ummah, sumbangan ABIM ke atas pembangunan negara mahupun masyarakat antarabangsa tidak ternafikan, malah diperakui banyak pihak.

Sebagai sebuah Gerakan Islam yang turut menerima kesan langsung dari perkembangan semangat Islamisme di seluruh dunia, sejak dari awal ABIM menetapkan dakwah dan tarbiah sebagai teras perjuangannya. Sedari awal lagi, kepimpinan ABIM bermula dari presiden pertama hingga ke-10, amat menekankan peri pentingnya aspek idealism dan aktivisme menjadi tunjang pergerakan di kalangan aktivisnya di semua peringkat. Dalam erti lain, ABIM menyakini pendekatan tajdid (pembaharuan) yang bertujuan membangun kemajuan masyarakat Muslim berpandukan kefahaman Islam yang syumul sebagai tatacara hidup yang sempurna disamping paduan proses islah dan hikmah perlu mengakar dan mengukuh di kalangan ummat.

Atas dasar kefahaman kemajuan tidak hanya mencakup perihal pembangunan fizikal seperti bangunan mencakar langit, tetapi lebih utama bagi ABIM ialah membangun ruh dan jiwa Muslim beridealism yang bebas warisan sekularisasi. Prof Razali Nawawi, presiden pertama ABIM di dalam muktamar pertama,  menegaskan bahawa perjuangan ABIM mestilah memandu masyarakat keluar dari kerosakan, kemungkaran, korupsi, penyelewengan dan penipuan yang akhirnya merugikan ummat Islam keseluruhan. Ini adalah kerana puncak keberhasilan sebuah Gerakan Islam seperti ABIM ialah keupayaan mengadun agenda dakwah dan tarbiah di dalam setiap kegiatannya dengan memastikan pembangunan pendidikan, ekonomi, sosio-budaya dan kemasyarakatan mengikut prinsip amalan Islam seperti yang dimaksudkan oleh Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad (saw).

Menyedari hakikat tanggungjawab memimpin ummat di rantau alam Melayu kearah kebaikan berpandukan faham Islam yang benar dengan menegakkan keadilan bukanlah sesuatu yang asing di kalangan Gerakan Islam, turut menjadi keutamaan ABIM. Rantau alam Melayu kaya dengan kepelbagaian yang tidak wujud di mana-mana benua lain di dunia ini. Kendatipun keunikan sosial yang wujud dengan warna-warni kepelbagaian dan perbezaan latar masyarakat dari aspek budaya, bahasa dan agama, ABIM tidak berpendirian untuk mengasingkan diri dari dimensi tersebut. Malah ABIM dilihat berjaya merencana agenda dakwah dan tarbiah yang bercirikan identiti sosio-budaya tempatan dengan menyuntik nafas baru yang berorientasikan faham Islam yang syumul dan wasatiy.

Atas kesedaran itu, melalui presiden ketiga, Prof Dr Sidiq Fadzil, ABIM memperkenalkan Manhaj Maliziy sebagai asas kegiatan dan penyebaran dakwah. Manhaj Maliziy merupakan pendekatan dakwah secara mandiri yang tidak dipengaruhi gerak kerja tanzim Gerakan-gerakan Islam yang lain seperti Ikhwan al-Muslimin di Mesir, Jamaat Islamiy di Pakistan dan India dan lain-lain termasuk Indonesia. Namun begitu, pendekatan ini tidak menghalang ABIM untuk membina jaringan di peringkat antarabangsa lalu mengkayakan tradisi pendekatan dakwah islamiyyah di dunia Islam umumnya. Melalui pendekatan ini juga, Prof Dr Sidiq Fadzil merumuskan bahawa ABIM berjaya menyelesaikan masalah ummat dan menangani isu dakwah setempat dengan pendekatan dakwah keMalaysiaan. Pendekatan yang menekankan agenda keilmuan dan hikmah dilihat berjaya merubah sarwa pandang kebanyakan intelektual dan bijak pandai Melayu yang lahir dari university tempatan dan luar negeri.

Sehinggakan perkara ini diperakui oleh Prof. Emiritus Osman Bakar sebagai keunikan ABIM yang tidak dipunyai oleh mana-mana Gerakan Islam. Beliau menyebut di dalam buku Agree to Differ terbitan UNESCO, “ABIM had successfully embedded its organizational structure and members within the five key elements that shaped itself; inclusivity, pioneering, intellectually oriented, taking a middle position and a hybrid of Eastern and Western ideologies and worldviews, which contextualized into local position”. Dengan pernyataan ini membuktikan usaha dakwah dan tarbiah ABIM berada di dalam kerangka prinsip wasatiyyah dan hikmah serta memenuhi matlamat maqasid shariiyyah dalam membangun negara bangsa dan memimpin tamadun khayra ummah.

Hasil dari itu terbinanya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), koperasi belia Islam berhad, bank Islam, sekolah-sekolah yang berorientasikan silibus Pendidikan Islam, hospital Islam, menjadikan pakaian tudung sebagain identiti wanita Muslim dan pelbagai institusi-institusi bercirikan Islam yang lain. Waima diperingkat awal didapati sumbangan ABIM terarah kepada pembangunan idealism dan tatacara faham Islam dalam kehidupan, turut diperakui ramai sarjana dan penyelidik bahawa usaha dakwah ABIM yang berteraskan ilmu dan bakti telah membuahkan hasil dalam bentuk tatacara hidup seharian dan pembangunan fizikal. Dalam erti kata lain, sumbangan terbesar ABIM ialah berjaya mengisi vacuum yang tidak dipenuhi oleh kerajaan dan swasta pada waktu itu, dan seterusnya membantu kerajaan dalam menyeimbangkan sosioekonomi masyarakat Melayu Muslim di mana pada hari ini memberi manfaat yang besar kepada masyarakat. Maka dengan itu, ini membuktikan bahawa ABIM adalah Gerakan islam yang bukan anti-pembaharuan seperti kebanyakan Gerakan islam yang lain. Bahkan, Hj Ahmad Azam Abdul Rahman, presiden kelima, menegaskan bahawa ABIM ialah rakan sinergi kepada pembangunan negara atau partner in nation building.

Selaras dengan perkembangan dan kemajuan semasa, Muhamad Razak Idris, presiden ke-8, berpandangan kegiatan ABIM melalui pendekatan dakwah, iaitu menyeru kepada kebaikan, dan tarbiah iaitu medium mendidik dan melatih individu dan kelompok masyarakat adalah kaedah berkesan bagi mencapai matlamat tajdid yang ditetapkan. Matlamat tajdid yang digembeleng ABIM merentasi pelbagai dimensi khususnya membangun modal insan yang mencakup kelompok Muslim dan bukan Muslim di Malaysia untuk kehidupan damai. Sehinggakan di sebahagian acara, proses taidid yang dipelopori ABIM kadang-kadang turut terpalit kontroversi terutamanya yang terkait dengan pendirian seperti di dalam isu-isu politik, perhubungan antara agama dan juga pemposisian identiti bangsa Melayu. Walaubagaimanapun, ABIM kekal utuh menggembeling fikrah pembebasan serta meniupkan obor pembaharuan dan pembaikan selaras dengan peringatan yang diungkapkan oleh Malikk Bennabi untuk melawan arus globalisasi yang menyebabkan al-fikr al-mayyit iaitu pemikiran dan faham nilai positif yang mati dan al-fikr al-mumit iaitu pemikiran dan nilai asing yang mengganas dan meluluh-lantakkan dikalangan ummat terbanyak.

Menyedari kepentingan untuk membina jatidiri warganegara Malaysia yang berkongsi kesamaan aspirasi dan cita-cita kenegaraan disamping menghormati perbezaan, Sdra Muhamad Faisal Abdul Aziz, presiden ke-10, memimpin agenda “Kosmopolitan Islam” dalam pembinaan Bangsa Malaysia sebagai rencah dakwah dan tarbiah ABIM ke hadapan. Idea Kosmopolitan Islam yang diadun bersama dengan faham identiti Bangsa Malaysia bukanlah satu konotasi yang memadam citra bangsa Melayu dan agama yang secara hakiki telah diwarisi dan dimaklumi, sebaliknya ia memfokuskan kepada idea agama-bangsa yang memberi pemberdayaan dan bukan ke sudut yang ekstrem sehingga meruntuhkan serta membunuh kekayaan kepelbagaian.

Oleh yang demikian, atas faktor itu, ABIM menanggapi identiti Bangsa Malaysia sebagai salah satu ‘competing identities” untuk menyederhanakan identiti agama dan kaum supaya tidak terjerumus ke kancah yang melampaui batas. Dengan itu, persoalan berkenaan identiti Bangsa Malaysia, menurut Sdra Muhamad Faisal, ia bukan satu proses asimilasi yang mencairkan kebudayaan sesuatu bangsa tetapi integrasi untuk kita bersama membentuk watak-watak yang punyai ciri kebersamaan semua bangsa yang mendiami negara bertuah ini. Berpandukan prinsip wasatiyyah (moderate) dan keluhuran maqasid dalam merencana pembentukan ciri dan watak di atas nama integrasi, ABIM dengan konsisten berpendirian sebagai agen dakwah dan tarbiah yang berada digarisan tengah, aspirasi dan citra ini amat penting diketengahkan bagi mengelakkan masyarakat dari jatuh ke gaung asimilasasi mahupun terjerumus ke kancah segeregasi perpecahan yang merugikan.

Adalah dengan itu, dalam menjayakan citra identiti Bangsa Malaysia, sifat keterbukaan yang dipunyai oleh semua bangsa dan berkongsi aspirasi yang sama adalah keutamaan ABIM untuk memandu agar tidak disalah tanggapi seperti teori bangsa sebelum ini. Sedari atau tidak, Sdra Muhamad Faisal menegaskan watak keterbukaan sebenarnya adalah satu watak yang menjadi citra umat Melayu sewaktu era awal pembinaan masyarakat bertamadun dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembinaan peradaban, dan natijahnya kelihatan dan dirasai oleh semua pada hari ini.

Dengan itu, idea Kosmpolitan Muslim yang ingin dipandu ABIM tidak terlahir dari mimpi kosong mahupun khayalan. Tetapi ia didorong dengan kekayaan khazanah citra bangsa Melayu dan agama Islam yang telah diwarisi sejak Islam menapak di rantau alam Melayu. Prof Dr Syed Khairudin Al-Junied dalam karyanya Muslim Cosmopolitanism: Southeast Asian Islam In Comparative Perspective membahaskan ciri kosmopolitan Muslim di Asia Tenggara dengan butiran yang segar yang dipacu oleh komuniti Muslim Asia Tenggara:

Muslim cosmopolitanism in Southeast Asia is a style of thought, a habit of seeing the world and a way of living that is rooted in the central tenet of Islam, which is that everyone is part of a common humanity accountable to God and that we are morally responsible towards one another. To embrace Muslim cosmopolitanism is to exhibit a high degree of receptiveness to universal values that are embedded within one’s own customs and tradition (adat). Internalizing Muslim cosmopolitanism enables a person to be at ease with his or her own Islamic cultural identities, promoting these identities as a means to enrich public understanding about Islam and Muslims while maintaining and embracing a tolerant attitude towards people of other backgrounds.”

Dalam banyak acara, ABIM menegaskan bahawa bilamana berbicara soal keterbukaan dan kesejagatan bangsa ia adalah sesuatu pendekatan yang bersifat untuk menjayakan bukan sebaliknya yang sering disalah tanggapi seperti mengancam identiti kaum. Adalah dengan itu, ABIM turut meyakini ciri-ciri umat kosmopolitan Islam yang ditunjangi bangsa Melayu-Isam tidak mengorbankan prinsip-prinsip dan ajaran dasar agama Islam hanya semata-mata melayani ragam zaman semasa.

Bersempena dengan sambutan 50 tahun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM): Gerakan Ilmu dan Bakti, dengan garis idea dakwah dan tarbiah serta atas kesedaran keperluan memimpin ummat, ABIM boleh dianggap sebagai Gerakan Islam yang berupaya memandu ummat rantau ini untuk mengangkat kembali citra masyarakat sederhana yang terbuka, inklusif dan sejagat yang dirangkum sebagai umat kosmopolitan yang melonjakkan pembinaan tamadun lampau dan kehadapan seperti yang digariskan di dalam Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad (saw). Menerusi pengembalian semula citra ummat kosmopolitan Muslim ini, ABIM turut diakui berupaya untuk menambahkan lagi keyakinan dikalangan warganegara yang pelbagai untuk memasakkan nilai perpaduan bersama kaum lain yang berdiri atas paksi nilai “Bangsa Malaysia”.

Memimpinan ABIM untuk separuh abad kedua menyambung legasi khazanah dakwah, Muhamad Faisal menekankan, “[ABIM] sebagai penggerak masyarakat yang punya kesedaran harus merangka strategi untuk berusaha menjadi ‘creative individuals’ [and creative Islamic movement] yang secara serius merangka gerak kerja ke arah pembangunan masyarakat yang lebih baik. Citra Islam dalam peradaban manusia wajar ditampilkan dengan pengembalian imej kaum Muslimin sebagai umat berbudaya dan beradab, melalui kerangka peradaban yang semakin malap iaitu ‘kosmopolitan Islam.”

Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 23: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya).”

Selamat menyambut ulangtahun ke-50 ABIM!

Gerakan Ilmu dan Bakti!

Peranan belia di dalam tadbir urus negara

Beri aku 10 pemuda, pasti aku akan menggoncang dunia” Soekarno, Presiden pertama Indonesia.

The youth of today are leaders of tomorrow” Nelson Mandela, Presiden pertama Afrika Selatan.

Dua kenyataan di atas adalah pengiktirafan kepada kemampuan belia di dalam mencorak perubahan bagi sesebuah negara. Ia bukan pernyataan kosong yang tidak membawa apa-apa kesan. Tetapi frasa tersebut berupaya membangkitkan kesedaran belia untuk memimpin perubahan atau melakukan islah demi masa depan yang gemilang dan berwawasan. Oleh sebab itu, frasa ini sering dilaungkan oleh politikus yang belum berkuasa untuk mendapatkan sokongan. Dalam masa yang sama, pernyataan ini juga dianggap ancaman kepada pemerintah semasa kerana mereka tidak bersedia diganti oleh orang lain.

Dalam titah ucapan Istiadat Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-14, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan pemimpin negara mahupun negeri yang diberi kuasa untuk kekal konsisten dan komited dalam menjalankan amanah, dengan menegakkan amar ma’ruf dan tegas menentang segala kemungkaran (Hasnan, 2020). Selain kemungkaran yang berasaskan kepercayaan agama yang perlu dikawal rapi, kemungkaran yang boleh merosakkan sektor sosial dan ekonomi seperti salah guna kuasa, rasuah, ketidakadilan dan memecah-belahkan masyarakat adalah perkara yang mesti dielakkan. Tindakan membendung kerosakan tersebut dari berlaku boleh dijadikan panduan kepada generasi baru untuk turut serta melakukan perubahan dan trasnformasi tadbir urus negara secara menyeluruh dan berkesan.

Keperihatian Sultan Nazrin amat tepat pada masanya. Ini adalah kerana dunia hari ini menghadapi pelbagai krisis yang belum pernah berlaku di dalam mana-mana zaman dan ketamadunan moden. Sebagai contoh, Edelmen Trust Barometer melaporkan indeks kepercayaan kepada kerajaan adalah yang terendah untuk 4 tahun berturut-turut (2017-2020) berbanding sektor korporat dan NGO (badan bukan kerajaan). Dan pada tahun 2020, pemimpin kerajaan (ahli politik) dan pemimpin agama tergolong di dalam tiga kumpulan pemimpin yang paling tidak dipercayai (Edelmen Trust Barometer Report, 2020). Dari laporan ini jelas menunjukkan krisis kepimpinan dan krisis nilai adalah dua krisis global yang mesti ditangani segera dengan penglibatan ampuh dari golongan belia yang berfikiran reformis (islah).

Muhammad Faisal Abdul Aziz (2018) di dalam bukunya, “Islam dan Pemikiran Reformis Masa Hadapan” menegaskan pemikiran reformis atau islah adalah tanggungjawab kekhalifahan yang perlu dipikul semua pihak secara bersama dalam membendung kerosakan dari berlaku di dunia ini. Merujuk kepada ayat 30, surah Al-Baqarah, Syeikh Wahbah Zuhaili mendatangkan dua hikmah dari dialog antara malaikat dengan Allah SWT yang mempersoalkan kemampuan manusia dipertanggungjawabkan tugas sebagai khalifah.

Hikmah pertama Allah SWT menjelaskan akan wujudnya maslahah di dunia ini yang memerlukan khalifah iaitu manusia untuk menguruskannya. Hikmah kedua, Allah SWT menyakini akan kemampuan manusia untuk melakukan islah berdasarkan ilmu dan ‘aqal yang dikurniakanNya serta diajarkan kepada manusia seperti yang terakam di dalam kisah Nabi Adam (AS). Keyakinan dan pengiktirafan dari Allah SWT kepada manusia merupakan manifestasi kehebatan dan keupayaan ‘aqal manusia dalam menangani kefasadan yang turut dilakukan manusia itu sendiri.

Memahami dua hikmah tanggungjawab sebagai khalifah; kemahiran dan penglibatan dalam mengurus maslahah dan kekuatan ilmu serta keupayaan ‘aqal – golongan belia seharusnya berperanan penting dan terkehadapan di dalam memimpin kemajuan negara serta memastikan tadbir urus negara dilaksanakan demi kesejahteraan masyarakat secara adil dan saksama.

Dr Tareq al-Suwaidan di dalam bukunya “Al-Khittah Al-Istrātījiyyah li-Nahḍah al-Ummah” menggariskan 10 strategi perubahan dalam memastikan ketamadunan bangsa dapat dibangunkan.  Salah satu darinya ialah elemen tadbir urus yang merupakan tunjang terpenting yang mesti diberi perhatian (Tareq Suwaidan, 2019). Selain itu, Dr Tareq turut menegaskan bahawa kemajuan sesebuah tamadun baru bergantung kepada komponen budaya bangsa yang mesti difahami dan dihormati oleh semua warga di dalam sebuah negara.

Perkara yang sama turut pernah disinggung oleh Prof Dr Syed Hussein al-Attas. Beliau menjelaskan amat penting pembinaan sesebuah tamadun bangsa mahupun negara diterajui golongan intelektual yang tidak jadong (Syed Hussein al-Attas, 1977). Mengulas lanjut perihal tersebut, Prof Dr Farid al-Attas menjelaskan pentingnya golongan intelektual memimpin tadbir urus sesebuah negara sebagai jalan keluar kepada dua permasalahan pokok yang bersifat teoretis dan praktikal. Ini adalah kerana, tujuan intelektual itu adalah untuk membebaskan diri daripada tawanan minda (captive mind). Akibat dari kegagalan untuk membebaskan diri dari minda tertawan, mengakibatkan seseorang itu terus terperangkap di dalam permasalahan amali seperti tidak berupaya melawan rasuah, tiada nilai peribadi yang baik, ekstrim dalam beragama dan kelakuan serta pemikiran yang tidak mencerminkan akal budi yang luhur.

Persoalannya, adakah golongan belia di Malaysia berupaya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab lantas memacu perubahan? Adakah mereka benar-benar faham dan percaya pengamalan tadbir urus yang baik adalah jawapan kepada dua krisis global sekarang; krisis kepimpinan dan krisis nilai?

Maka amatlah penting golongan belia mempersiapkan diri untuk memimpin naratif baharu tadbir urus negara. Tidak seharusnya gaya kepimpinan lama yang terlibat dengan salah laku, rasuah, boros, penyelewengan dan khianat menjadi tauladan. Nabi Muhammad (SAW) turut mengingatkan sekiranya asas kepimpinan itu didasari sifat khianat, maka bersedialah menghadapi kehancuran di kemudian hari.

Walaupun Center for the Future and Democracy yang berpusat di University of Cambridge melaporkan kebanyakan belia di pelbagai negara semakin hilang keyakinan terhadap sistem demokrasi, namun ia tidak boleh menjadi hujah utama dan digeneralisasikan. Memperakui krisis kepimpinan dan kepercayaan yang berlaku disumbangkan dari sistem demokrasi sedia ada, tetapi, melalui sistem demokrasi juga keadilan dapat ditegakkan dan terbukti bertahan lama di kebanyakan negara barat termasuk Malaysia. Seperti mana Malaysia mendapat kemerdekaan melalui rundingan aman dan disusuli dengan proses demokrasi tanpa pertumpahan darah, maka seharusnya medan yang sama menjadi asas perubahan dan transoformasi negara yang lebih baik dengan penglibatan luas golongan belia.

Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Kofi Annan pernah menyebut; “No one is born a good citizen; no nation is born a democracy. Rather both are processes that continue to evolve over a lifetime. Young people must be included from birth. A society that cuts off from its youth severs its lifeline.”

Maka, dengan itu adalah penting untuk setiap dari kita, terutama golongan belia memikul tanggungjawab memastikan negara dipimpin secara adil berserta tatakelola yang baik. Membiarkan kerosakan mewenang yang akhirnya menyebabkan negara berhutang dan masyarakat berpecah-belah adalah perkara yang mesti dielakkan. Bahkan, membina persefahaman antara kaum yang damai, membangun kemajuan secara aman dan mapan serta menyemai kesepaduan rasa hormat menghormati adalah teras kepada kegemilangan negara majmuk seperti Malaysia yang mesti ditunjangi golongan belia dan intelektual.

Seperti mana tema Hari Belia Negara 2020, “Dekad Ini, Dekad Anda”, maka, ayuh para belia, Malaysia perlukan anda!

Kandungan asal boleh rujuk di: http://fkp.usim.edu.my/peranan-belia-di-dalam-tadbir-urus-negara/

Rujukan:

Muhammad Faisal Abdul Aziz. Islam dan Pemikiran Reformis Masa Hadapan. (ABIM Press: Kuala Lumpur, 2019).
R.S., Klassen, A., Wenger, D., Rand, A. and M. Slade. 2020. “Youth and Satisfactionwith Democracy: Reversing the Democratic Disconnect?” Cambridge, United Kingdom: Centre for the Future of Democracy.
Syed Hussein al-Attas. Intelectual in the Developing Society. (Routledge: New York, 1977)
Tareq al-Suwaidan. Al-Khittah Al-Istrātījiyyah li-Nahah al-Ummah. (2019).
Hasnan, H. A. (2020) Ini nasihat Sultan Perak kepada mereka yag mempunyai kuasa. Astro Awani. retrieved from https://www.astroawani.com/berita-politik/ini-nasihat-sultan-perak-kepada-mereka-yang-punya-kuasa-272507
https://ydata.iyres.gov.my/iyresbankdataV2/www/index.php?r=pub/home/readcontent4&id=134

Dr Mohd Faridh Hafez Mhd Omar merupakan Pensyarah Kanan, program Da’wah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan PengurusanApril 7th, 2021

Share This Story, Choose Your Platform!

facebooktwitterlinkedinreddittumblrpinterestvkEmail

More articles

FOLLOW US

https://www.facebook.com/v2.11/plugins/page.php?adapt_container_width=true&app_id=&channel=https%3A%2F%2Fstaticxx.facebook.com%2Fx%2Fconnect%2Fxd_arbiter%2F%3Fversion%3D46%23cb%3Df3edc23d134f50c%26domain%3Dfkp.usim.edu.my%26origin%3Dhttp%253A%252F%252Ffkp.usim.edu.my%252Ff87ed9ee3c548%26relation%3Dparent.parent&container_width=0&height=240&hide_cover=false&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FFKPUSIMOfficial%2F&locale=en_US&sdk=joey&show_facepile=true&small_header=true&tabs=&width=300

HYPERLINKS

CONTACT US

Faculty of Leadership and Management
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-798 8182/8184
Faks: +606-798 8252
Emel: info.fkp@usim.edu.myHak Cipta © 2018 USIM | Hak Cipta Terpelihara.facebookinstagramyoutubetwitter

Reformasi Sistem Kehadiran Ahli Parlimen Malaysia

Dua minggu yang lalu, notis memanggil satu Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 kepada ahli-ahli Parlimen telah diedarkan dengan pemakluman Parlimen hanya akan bersidang satu hari; 18 Mei 2020.  Keputusan mengejutkan ini diambil setelah mengambil kira pertimbangan situasi Covid-19 di Malaysia dan saranan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia antara lain agar  ketidakperluan untuk berkumpul secara ramai di sesuatu tempat termasuk di dalam bangunan Parlimen.

Kenyataan yang mengejutkan pelbagai pihak ini dilihat bertentangan dengan fungsi Parlimen khususnya Dewan Rakyat yang berperanan sebagai institusi pembuat undang-undang yang hanya akan bersidang di dalam satu hari berbanding seperti kebiasaan selama 25 hari. Walau pun sebelum itu, gesaan agar sidang khas Dewan Rakyat diadakan telah dicadangkan ahli Parlimen Port Dickson, YB Anwar Ibrahim bagi membincangkan tindakan kerajaan dalam menangani covid-19 namun gesaan tersebut tidak disambut oleh kerajaan.

Keputusan kerajaan untuk memanggil sidang Dewan Rakyat yang hanya akan berlangsung satu hari sahaja ini sebenarnya boleh dilihat dari dua sudut pandang, pertama, dari aspek pentadbiran apabila beberapa perkara penting yang terkait dengan pembangunan negara khususnya setelah berlaku perubahan kerajaan (badan ekskutif) pada Mac 2020 yang lalu, dan dalam masa yang sama krisis kesihatan awam dan ekonomi pasca COVID-19 yang melibatkan pakej rangsangan ratusan billion ringgit, tidak dibahas dan dibincangkan secara tuntas dan menyeluruh oleh semua ahli parlimen yang merupakan wakil rakyat yang sah dipilih oleh rakyat bakal mewujudkan ketidaktelusan, salah tadbir urus dan pelbagai lagi. Kedua, sidang Dewan Rakyat sesi ini juga dilihat sebagai hanya memenuhi syarat persidangan perlu dilaksanakan dalam tempoh enam bulan agar keabsahan kerajaan dapat dilanjutkan.

Ini menunjukkan seolah kerajaan tidak bersedia atau ikhlas untuk mengikuti keluhuran perlembagaan yang telah disepakati dan dalam masa yang sama seolah menafikan hak rakyat untuk mengetahui dengan rapat perancangan kerajaan dalam menghadapi ketidaktentuan pembangunan negara dan norma baharu pasca COVID-19 secara lebih terperinci.  Sekiranya inilah pertimbangan kerajaan, maka dapat difahami Malaysia bakal menghadapi krisis perlembagaan di masa akan datang.

Walaupun Perdana Menteri ke-8 mengakui bahawa kerajaan yang dipimpin beliau bukanlah kerajaan yang dipilih rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu, maka seharusnya beliau mesti lebih bertanggungjawab dengan tidak menafikan hak wakil rakyat yang dipilih untuk bersidang dan berbahas di dewan rakyat yang mulia. Bersiaran di televisyen selama 60 minit dengan pengumuman yang indah di telinga tetapi tidak dalam dunia realiti hanyalah seperti one man show yang tidak jujur dan berani menghadapi situasi sebenar, bahkan hanya untuk imej politik yang telah tercalar susulan pengkhianatan Langkah Sheraton pada 24 Februari yang lalu.

Perkara 44, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan institusi parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan yang melulus dan meminda undang-undang persekutuan, memeriksa dasar-dasar kerjaan serta meluluskan bajet kerajaan dan cadangan cukai yang baru. Dengan itu, peranan ahli parlimen ialah membahas, mencadang menggubal dan menyokong/menolak usul atau dasar yang dicadangkan oleh kerajaan di dalam dewan. Maka, ia menuntut setiap ahli parlimen yang dipilih mesti hadir ke dewan rakyat untuk memenuhi prinsip asas berparlimen seperti yang dinyatakan. Kegagalan untuk hadir tanpa sebab dan kelulusan Yang Di-Pertua dewan boleh merencatkan perjalanan mesyuarat. Ini adalah kerana ‘ahli parlimen’ merupakan penjaga utama kepada keluhuran perlembagaan, munurut Dr. Shamrahayu Abd Aziz.

Merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke, seorang ahli parlimen boleh terlucut kelayakannya sebagai ahli parlimen sekiranya gagal hadir ke dewan rakyat pada 18 Mei ini. Ini adalah kerana, menurut Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan, sesi dewan rakyat mestilah bersidang sekali dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir persidangan yang lepas, dan ahli dewan rakyat juga mesti hadir ke dewan rakyat walau sekali dalam tempoh yang sama.

Perkara ini menunjukkan kelemahan sistem kehadiran ahli parlimen ke dewan rakyat dan ketidakseriusan ahli parlimen untuk memelihara hak rakyat di kawasan yang diwakili. Amatlah tidak masuk akal selepas 60 tahun kemerdekaan, ahli parlimen hanya wajib menghadiri ke dewan rakyat sekali sahaja dalam tempoh enam bulan, tanpa diikuti nota selanjutnya perlu berbahas, bertanya atau memberi soalan bertulis sebagai rekod kehadiran di hansard parlimen. Sebaliknya bukti kehadiran hanya dirakam di komputer persendirian di setiap meja ahli dewan.

Jika dilihat dengan segala imbuhan dan keisitmewaan yang diterima oleh ahli parlimen, amat wajar Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 ditambah baik dengan perkembangan norma baharu susulan COVID-19. Adalah tidak logik sekiranya ahli parlimen boleh hadir hanya satu hari lalu mengabsahkan segala imbuhan dan keistimewaan yang diperakui Perlembagaan Persekutuan, berbanding pelajar universiti perlu mencapai sekurang-kurang 50% kehadiran untuk membolehkan mereka menduduki peperiksaan di akhir semester tanpa jaminan pelajar tersebut bakal peroleh markah yang tinggi.

 

Kehadiran Ahli Parlimen/Senator di Britain, India dan Amerika Syarikat

Kehadiran ahli parlimen/senator yang dipilih ke dewan rakyat atau parlimen bukanlah isu yang baharu diperdebatkan. Sebaliknya ia merupakan perkara asas yang mesti dipatuhi oleh setiap ahli parlimen/senator yang telah dipilih oleh rakyat dalam sistem demokrasi.

Sebagai contoh amalan House of Common di Britain, Standing order 105 menyatakan setiap ahli parlimen mesti menghadirkan diri di dalam keseluruhan perbahasan. Ketidakhadiran ahli parlimen mestilah dimaklumkan kepada dewan dan semestinya ia tidak kurang dari empat ahli parlimen ketika persidangan sedang berlangsung. Namun, kuasa meminta ahli parlimen untuk hadir ke parlimen tidak tertakluk kepada undang-undang dewan, sebaliknya bergantung kepada ketua whip parti di dalam dewan. Malah, rekod kehadiran ahli parlimen hanya boleh diukur sekiranya berlangsung sesi undian ke atas sesuatu usul yang dibahaskan, bukan melalui perakam kehadiran seperti amalan-amalan sektor lain.

Di India juga berlaku krisis kehadiran ahli parlimen ke Lok Sabha. Akhbar The Print melaporkan hanya enam orang sahaja ahli parlimen yang mempunyai rekod kehadiran penuh (100%) ke sesi persidangan Lok Sabha ke-16 pada Februari 2019. Empat darinya adalah dari parti kerjaan memerintah (BJP), dua dari parti yang bergabung, dan tiada seorang dari ahli parlimen pembangkang yang mempunyai rekod penuh kehadiran. Perkara ini telah menarik perhatian Ketua Dewan, Venkaiah Naidu dengan menggesa setiap ketua parti dapat mengarahkan ahli parlimen dari setiap parti dapat menghadiri ke Lok Sabha dengan penuh bertanggungjawab, terutama kepada rakyat yang telah memilih mereka.

Dengan 50 negeri dan keluasan 9.834 milion km2, Amerika Syarikat telah mengambil langkah lebih awal dengan memperkenalkan undang-undang berkaitan kehadiran ahli senat ke dewan senat pada tahun 1798. Akta tersebut menyatakan setiap ahli senat terikat untuk hadir ke dewan senat sebagi kerbertanggungjawaban dan kegagalan hadir ke dewan boleh mengakibatkan individu tersebut dikenakan penalti.

Manakala di Ghana, dari jumlah 275 ahli parlimen, 42.5% dari mereka didapati gagal memenuhi kehendak perlembagaan dari sudut kehadiran ke parlimen (Artikel 97(1)(c). Melalui platform Pombola, sistem yang mengawalselia kehadiran ahli parlimen, jurucakapnya, Odekro menyatakan terdapat ahli parlimen yang gagal hadir ke parlimen selama 15 hari tanpa sebab pada 2015. Masalah kehadiran ahli parlimen ini tidak hanya di kalangan ahli parlimen pembangkan, tapi termasuk juga ahli parlimen dari parti kerajaan dan Menteri yang dilantik. Susulan itu, menurut Odekro, sekiranya ahli parlimen terbabit tidak berminat untuk memberi khidmat di dewan parlimen, adalah lebih baik dikosongkan kerusi tersebut dan dibuat pilihanraya semula.

 

Persidangan Dewan Rakyat pasca Covid-19

Susulan pengumuman kerajaan bahawa sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi secara full-capacity bermula 4 Mei, walaupun dalam masa yang sama kes baharu jangkitan covid-19 bertarikh 2 Mei 2020 berjumlah 155 kes, maka amatlah pelik apabila persidangan dewan rakyat hanya satu hari sahaja pada 18 Mei nanti.

Sehingga artikel ini ditulis, merujuk kepada laporan berita, hanya dua orang ahli parlimen Samarahan dan Bandar Kuching disahkan positif covid-19 dan kini telah pulih sepenuhnya. Dalam masa yang sama, perkembangan penggunaan platform virtual seperti google meet, aplikasi zoom dan banyak lagi, menjadi kayu ukur bahawa tiada keperluan sidang dewan rakyat dihadkan kepada satu hari sahaja. Waima perjarakkan sosial dilaksanakan di dalam dewan rakyat, ia masih tidak menghalang untuk kerajaan membangunkan aplikasi perbahasan secara dalam talian bersama semua ahli parlimen.

United Kingdom yang mempunyai kes covid-19 lebih tinggi dari Malaysia, membuat keputusan untuk melaksanakan persidangan House of Common dengan mengehadkan kehadiran ahli parlimen secara fizikal dengan penjarakkan sosial, tetapi bukan hari persidangan. Langkah yang sama juga diambil seperti di Canada dan New Zealand yang memutuskan untuk meneruskan persidangan parlimen bermula April 2020 dengan mengubah kedudukan tempat duduk seperti yang disarankan oleh WHO. Tindakan negara-negara ini menunjukkan bahawa persidangan parlimen adalah ruang penting bagi langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan dengan pakej rangsangan berjumlah ratusan billion dapat disemak-imbang oleh semua ahli parlimen yang telah dipilih, atas prinsip yang terbaik untuk rakyat keseluruhan.

Dengan itu, penulisan ini mengusulkan dua perkara yang perlu diambil perhatian;

Pertama, kerajaan sewajarnya meneruskan persidangan dewan rakyat secara penuh seperti biasa dengan beberapa ketetapan baharu yang dirasakan sesuai dan memenuhi saranan KKM dalam memastikan tidak wujud kluster baharu ‘Yang Berhormat’ dari parlimen. Kedua, adalah penting Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat berkaitan kehadiran ahli parlimen disemak semula dengan meningkatkan jumlah hari yang wajib hadir (kepada 15 hari sekurang-kurangnya) dan terlibat di dalam sesi perbahasan samada secara lisan atau bertulis bagi mengabsahkan kelayakan ahli parlimen untuk diberikan keistimewaan seperti sedia ada. Maka, keputusan memendekkan sesi persidangan adalah langkah terkebelakang yang tidak memenuhi falsafah institusi parlimen dan ruh perlembagaan perseketuan.

Kedua, perkara ini adalah bertujuan untuk memastikan kemuliaan Dewan Rakyat tidak dicemari dengan agenda politik sempit individu mahupun parti politik waima blok mana mereka akan duduk. Malah pembaharuan ini bakal menjadikan Dewan Rakyat Malaysia sebagai contoh kepada negara demokrasi yang lain setelah negara berjaya mencipta nama dalam perubahan kerajaan tanpa pertumpahan darah pada 8 Mei 2018, Ketua Pengarah KKM diiktiraf dunia dalam menghadapi COVID-19, dan tidak lupa juga penubuhan kerajaan baru pada 1 Mac 2020 melalui ‘tebuk atap’ seperti yang diungkap oleh rakan Perikatan Nasional (PN).

Justeru, masih tidak terlambat untuk saya ucapakan, Selamat Hari Pekerja YB!

Faridh Omar

Pemerhati politik tanah air tercinta ~ Malaysia

2 Mei 2020

Islam dan Muslim di Amerika Syarikat

Penulisan pertama bertemakan Islam dan Muslim di Amerika Syarikat telah diterbitkan oleh Dewan Masyarakat keluaran Disember 2019.

Berikut adalah tulisan penuh.

Keterbukaan sistem demokrasi di Amerika Syarikat telah memberi peluang yang signifikan kepada Islam dan Muslim untuk bergerak maju kehadapan secara kreatif dan inovatif, disamping menyedari terdapat beberapa isu sensitif yang perlu diberi perhatian agar komuniti Muslim lebih berwaspada. Keganasan, ucapan kebencian, sifat Islamofobia dan bersangka buruk kepada Muslim di Amerika Syarikat masih dirasai di beberapa kawasan terutama di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump. Perkara ini dapat dirujuk di beberapa laporan media massa dan hasil kajian pusat penyelidikan awam.

Sebagai contoh, laporan The Associated Press-NORC Center for Public Affairs Research bertarikh 30 September 2019 menyatakan, separuh rakyat Amerika Syarikat berpandangan Presiden Trump memberi kesan buruk kepada hubungan kaum seperti komuniti Hispanik, Muslim Amerika, Afrika Amerika dan wanita secara umum. Dari jumlah itu, 44% bersetuju bahawa tindakan Presiden Trump memberi kesan buruk kepada masyarakat Muslim Amerika.

Namun, secara keseluruhan, walau berada di bawah tekanan pentadbiran kerajaan Presiden Trump, atas faktor keterbukaan demokrasi di Amerika Syarikat, aktiviti berkaitan Islam dan komuiti Muslim masih dapat diteruskan secara aman dengan bantuan agensi keselamatan yang lebih efektif dan prihatin.

Institusi dan NGO Islam di Amerika

Mengikut beberapa laporan terkini, dianggarkan masyarakat Muslim di Amerika Syarikat berjumlah hampir 5 juta daripada 328 juta keseluruhan populasi Amerika Syarikat. Tambahan dari itu, terdapat sebanyak 1217 buah Institusi dan NGO Islam di Amerika Syarikat telah ditubuhkan sehingga kini yang merangkumi pelbagai sektor seperti Pendidikan, hak asasi kemanusiaan, pemberdayaan wanita, aktiviti belia, hubungan antara agama, khidmat masyarakat dan institusi penyelidikan. Institusi dan NGO Islam diperakui sangat aktif dalam penganjuran program yang tidak terhad kepada masyarakat Muslim sahaja, tetapi juga terbuka kepada semua.

Sebagai contoh, All Dulles Areas Muslim Society atau ADAMS Center merupakan pertubuhan komuniti Muslim tempatan yang terbesar di Washington DC. Kini ADAMS Center telah mempunyai sebanyak 10 cawangan di Kawasan utama komuniti Muslim di utara Virginia seperti Sterling, Ashburn, Chantilly, Gainesville, Great Falls Herndon, Leesburg, McLean dan Reston, yang merangkumi lebih 10,000 penduduk Muslim. Perkembangan yang memberangsangkan ini didokong dengan usaha berterusan dari kesepakatan komuniti Muslim selama hampir tiga dekad.

ADAMS Center: NGO Islam Contoh di Amerika Syarikat

Atas kesedaran tentang perlunya kompleks atau pusat sehenti untuk komuniti Muslim, beberapa keluarga Muslim awal yang menetap di Herndon dan Reston, Virginia telah bersetuju dan menubuhkan ADAMS Center pada 1983. Di peringkat awal penubuhan, ADAMS Center hanya memberi khidmat bantuan asas kepada komuniti Muslim terutama berkaitan pendidikan kanak-kanak. Selapas 30 tahun, aktiviti dan fokus ADAMS Center telah berkembang dengan lebih besar, di mana tidak hanya tertumpu kepada program masyarakat tempatan, tetapi turut menyampaikan khidmat kemasyarakatan dan bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

Kecemerlangan, integriti dan ketelusan adalah tiga nilai teras utama dalam memacu pembangunan ADAMS Center ke arah yang lebih afisien dan efektif. Perkara ini dapat dilihat daripada pelbagai program yang dilaksanakan oleh ADAMS Center saban minggu. Apa yang lebih menarik adalah ADAMS Center begitu komited dalam membangunkan program pembangunan belia melalui persatuan pengakap dan khidmat komuniti.

Bahkan, ADAMS Center berjaya mengumpulkan dana pembangunan berjumlah $128,000 dari sasaran asal $250,00 (53%) di dalam satu majlis makan malam amal tahunan pada 21 September 2019. Sebahagian besar dari jumlah tersebut dimaklumkan adalah untuk program pemberdayaan dan pembangunan belia. Ini memberi isyarat bahawa ADAMS Center begitu serius dan komited dalam memastikan para belia mereka mempunyai persiapan yang mantap sebagai pelapis generasi baru dalam usaha menyebar-luaskan mesej Islam dan menjadi contoh yang baik kepada penduduk Amerika Syarikat secara umumnya.

Tambahan dari itu, ADAMS Center mempunyai lima cawangan utama iaitu ADAMS Ashburn, ADAMS Fairfax, ADAMS Gainesville, ADAMS Sterling dan ADAMS Sully. Kesemua cawangan ADAMS Center ini lengkap dengan kompleks dan fasiliti yang boleh digunakan oleh komuniti Muslim untuk beraktiviti. Ini menunjukkan bahawa perkembangan Islam di Amerika Syarika berada di tahap yang positif serta tiada halangan secara perundangan mahupun tentangan dari komuniti bukan Muslim di Amerika Syarikat.

Komuniti Muslim Malaysia di Virginia

Dianggarkan lebih 50 buah keluarga Muslim Malaysia menetap di sekitar ADAMS Center, Virginia sejak puluhan tahun yang lalu. Dengan adanya ADAMS Center sebagai pusat sehenti untuk pelbagai aktiviti, secara tidak langsung komuniti Muslim Malaysia juga mendapat manfaat terutama dari sudut pendidikan, persekolahan dan acara keagamaan.

Halaqah remaja, kelas hafazan Al-Quran dan mengaji hari ahad, program civic engagement dan dialog antara agama antara program yang mendapat perhatian dari komuniti Muslim Malaysia secara umumnya. Ini adalah kerana, sebahagian dari program tersebut seperti civic engagement dan dialog antara agama di peringkat awal persekolahan adalah sukar didapati di Malaysia. Justeru, peluang yang diberikan oleh ADAMS Center ini disambut baik dan dimanfaatkan oleh kebanyakan komuniti Muslim Malaysia sebagai persediaan kepada anak-anak mereka apabila kembali ke Malaysia nanti.

Selain dari itu, komuniti Muslim Malaysia juga aktif terlibat sama dalam pembangunan ADAMS Center serta program yang dilaksanakan. Bantuan kewangan (infaq dan sedekah) dan bantuan sukarelawan adalah antara ruang terbuka yang dimanfaatkan oleh komuniti Muslim Malaysia amnya.

Justeru, merujuk kepada perkembangan ADAMS Center sebagai Institusi/NGO Islam tempatan terbesar di Washington DC, disokong dengan sistem demokrasi yang terbuka, dapat disimpulkan bahawa Islam dan Muslim di Amerika Syarikat mempunyai masa depan yang cerah untuk berkembang dengan lebih baik dan berkesan. Dengan dokongan yang padu dari setiap komuniti Muslim samada di peringkat kepimpinan yang berkaliber, perlaksanaan program yang mesra komuniti dan pengurusan kewangan yang efisien, seharusnya ADAMS Center dijadikan contoh kepada kebanyakan institusi/NGO Islam di negara-negara Islam. Program-program yang bersifat khidmat komuniti, dialog antara agama dan pembangunan belia yang kreatif dan inovatif seharusnya diperbanyakkan sebagai usaha melawan sikap Islamofobia dari komuniti bukan Muslim. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan keamanaan, dan Muslim merupakan agen keamanan.

Dalam hal ini, seharusnya komuniti Muslim Malaysia berada di barisan hadapan dan turut sama pastikan bahawa ruh kehidupan beragama Islam dapat dilihat dan difahami oleh bukan Muslim di Amerika Syarikat demi masa depan Islam dan Muslim yang lebih baik.

 

Penulis:

MOHD FARIDH HAFEZ BIN MHD OMAR

Felo, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kini sedang mengikuti program Fulbright Visiting Scholar di Center for Islam and Contemporary World (CICW), Shenadoah University, Amerika Syarikat.

 

 

Disenarai sebagai Ikon & Inspirasi Alumni USIM 2019

2019 in review- Alumni Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Alumni fakulti turut membanggakan USIM dengan beberapa pencapaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Mohd Hariri Bin Mohamad Daud, alumni program Dakwah dan Pengurusan Islam dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah USIM manakala Mohd Faridh Hafez Mohd Omar, yang juga alumni program Dakwah dan Pengurusan Islam dianugerahkan Fulbright Fellow Studies At Islamic Centre At Shenandoah University, USA. Alumni program Kaunseling Nor Azimah Binti Junus dan Nur Afiqah Binti Mahmud turut mencatatkan pencapaian bermakna apabila dilantik menjadi Felo Perdana di Jabatan Perdana Menteri.

Dengan rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM dan staf pentadbiran yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan.

Gembira bersama USIM.

80668916_3251723701565040_7306722518574825472_o

Link lanjut:

https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FFKPUSIMOfficial%2Fposts%2F3251725701564840&width=500

Fulbright Fellow Studies At Islamic Center At Shenandoah University

Mohd Faridh Hafez Mhd Omar, a fellow in the Faculty of Leadership and Management at the Universiti Sains Islam Malaysia, is serving as a Fulbright fellow at the Center for Islam in the Contemporary World at Shenandoah University.

His fellowship runs from Sept. 9, 2019, to Dec. 28, 2019.

Faridh Omar, a Ph.D. student at the Academy of Islamic Studies University Malaya, is studying governance and leadership framework in U.S. Islamic institutions and nongovernmental organizations, or NGOs. He was selected for the Fulbright U.S. – ASEAN Initiative Program, which is open to university faculty, foreign ministry and government officials, along with professional staff of private sector organizations, think tanks and NGOs in the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) member states.

Fellows travel to the United States for scholarly and professional research for four months on issues that are relevant and central to the U.S.– ASEAN relationship.

Faridh Omar will study the styles of leadership and governance practices at the All Dulles Area Muslim Society (ADAMS Center), in Sterling, Virginia; the Islamic Center at New York University; the International Institute of Islamic Thought (IIIT) in Herndon, Virginia; and the American Islamic Congress (AIC) in Washington, D.C.

His research is aimed to serve as a guideline and framework for Islamic institutions and NGOs in ASEAN countries.

By hosting Faridh Omar and directing his research — supported by the prestigious Fulbright fellowship — we hope to raise the research profile of the Center for Islam in the Contemporary World, or CICW, and Shenandoah University. We are also contributing to a better understanding of leadership and governance in American Muslim institutions.”

Ermin Sinanovic | CICW Executive Director

Faridh Omar chose the CICW at Shenandoah University because of Sinanovic’s reputation as a well-known scholar in Islam and Islamic thought and politics. The CICW is also a new center that focuses on Islam and contemporary world issues.

It offers a great opportunity to any scholar or academician to grow their expertise through research, teaching and training, and I am looking forward to collaborating and learning.”

Faridh Omar | Fulbright fellow at the Center for Islam in the Contemporary World at Shenandoah University

Faridh Omar will share his work and research with Shenandoah classes, students and professors. He will also collaborate with faculty; network with scholars, professors and Islamic NGO leaders; and engage the community through programs and services.

Fulbright Fellow studies at Islamic center at Shenandoah University